KUALA KEDAH: Seramai 19 nelayan tempatan ditahan terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam ‘Ops Bersepadu’ yang dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pokok Sena dan Kota Setar di perairan laut Kuala Kedah, hari ini.
Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Kedah, Leftenan Maritim Zool Hilmi Mohd Nadzir berkata, operasi bermula pukul 7 pagi tadi melibatkan 60 pegawai dan anggota.
Katanya, operasi terarah kepada nelayan di tengah laut kerana telah dijangka mereka tidak dapat melarikan diri.
Zool Hilmi berkata, beberapa nelayan yang ditahan memberi pelbagai alasan supaya tidak dilakukan ujian urin dan ditahan.
Hasil ujian urin mendapati 19 nelayan itu disahkan positif dadah jenis methamphetamine.
Katanya, semua yang ditahan terdiri daripada warga tempatan berusia lingkungan umur antara 25 hingga 50 tahun.
Kesemua mereka, jelas Zool Hilmi, dibawa ke Jeti Maritim Kuala Kedah sebelum diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut.
Nelayan-nelayan itu juga, ujar beliau, akan dituduh di bawah Seksyen 3(1) Akta Pemulihan Dadah 1983.
“Kami bukan terhenti setakat ini sahaja. Operasi bersepadu ini kami akan jalankan juga bersama AADK dari semasa ke semasa bagi mengekang penglibatan anak-anak muda khususnya di negara kita daripada terjebak najis dadah,” kata Zool Hilmi lagi.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Dec 01 2022
Salah seorang nelayan yang ditahan di perairan Kuala Kedah kerana terlibat dalam dadah.
Shakilla Khoriri luah rasa syukur dapat hak hadanah interim anak
Shakilla menerusi Instagram miliknya pada petang Isnin memberitahu dia yakin dengan doa dan perancangan Allah untuk dirinya serta keluarga.
Hari Jururawat Antarabangsa: 500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt
Al-Daqran menyeru komuniti antarabangsa dan orang-orang yang bebas di dunia untuk melindungi petugas perubatan dan institusi kesihatan serta menjenayahkan serangan terhadap mereka.
Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi diperluas ke Tabika Kemas
Kurikulum Pendidikan Islam di Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh negara akan dimantapkan lagi dengan modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi yang dijangka bermula Jun ini.
Arab Saudi nasihat umat Islam tidak terpedaya iklan palsu haji di media sosial
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi pada Isnin menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.
Pengurus bangunan menyamar Ketua Polis Johor didenda RM1,000
Seorang pengurus bangunan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah menyamar sebagai Ketua Polis Johor.
Mendiang Mutang selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial
Jasad mendiang Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Mutang Tagal selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial, 33 km dari sini hari ini.
Lagi insiden pokok tumbang di Kuala Lumpur, kali ini berdekatan Jalan Pinang
Difahamkan, beberapa buah kenderaan turut dihempap pokok dalam kejadian tersebut.
AWANI Ringkas: Gunung berapi Ibu meletus, muntahkan abu setinggi 5km
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Biden ulangi kebimbangan mengenai serangan Israel di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengulangi kebimbangan mengenai kesan buruk yang akan berlaku susulan serangan Israel keatas Rafah.
Gunung berapi Ibu meletus di Indonesia
Gunung berapi Ibu di pulau terpencil Halhamera di Indonesia meletus sekita jam 9.12 pagi waktu tempatan.
Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Mek Mas ditemukan selamat
Mangsa diselamatkan oleh nelayan yang sedang menangkap ikan pada jarak kira-kira lima batu nautika dari lokasi pencarian, di sekitar perairan Tumpat.
Dua lelaki ditahan disyaki jual diesel bersubsidi nelayan
Treler dipercayai milik sebuah persatuan nelayan yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia lewat 30-an.
Bot nelayan karam, lima mangsa selamat
Kesemua mangsa berusia 34 hingga 39 tahun itu dibawa balik ke Jeti Batang Pinang, Kuala Kedah setelah pemeriksaan lanjut dilaksanakan.
SIMP : 92.3 peratus nelayan telah berdaftar
Sebanyak 92.3 peratus nelayan Pulau Pinang Selatan yang layak, telah membuat pendaftaran Skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) di bawah projek tambak laut Pulau Pinang Selatan (PSI).
Dua nelayan dilaporkan tidak pulang selepas memancing
Kedua-dua lelaki itu telah ke laut dengan sebuah bot untuk memancing ikan sekitar 7 pagi semalam dan sepatutnya balik ke jeti itu pada 6 petang.
Aktiviti seleweng diesel subsidi nelayan di Sungai Besar tumpas
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan di sebuah premis di Sungai Besar, Selangor.
Tekong hilang ketika menangkap ikan
Kejadian disedari pada jam 8 pagi selepas Ahamadkamaroodin gagal dihubungi serta kedudukan bot yang digunakan tidak dapat dikesan.
LKIM laksana pemutihan setiap bulan, pastikan hanya nelayan tegar terima elaun
LKIM akan membatalkan kelayakan nelayan yang tidak berstatus tegar antaranya tidak memenuhi syarat turun ke laut 120 hari setahun.
APMM tahan 100 nelayan warga asing di Pasir Puteh
Kesemua mereka itu ditahan dalam Op Bersepadu bersama Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan dan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kelantan (AADK).
Nelayan sorok syabu RM1.32 juta dalam tempat simpan ikan
Helah sekumpulan nelayan menyembunyikan dadah syabu bernilai RM1.32 juta di tempat simpanan ikan sebuah bot di jeti nelayan Sekinchan terbongkar pada Selasa.